|
Selamat datang ke Majalah Anak Sastra (Anak Sastra
Magazine).
Bermula pada Ogos 2010, Majalah Anak Sastra, sebuah majalah suku tahunan
yang terkini akan menyediakan ruang bagi penulis-penulis dari Asia Tenggara
untuk mempersembahkan karya atau tulisan mereka di dalam bahasa Inggeris.
Majalah ini juga turut menjemput penulis dari luar negara seperti pendatang
atau turis yang ingin berkongsi kisah dan pengalaman sepanjang mereka berada di
rantau ini. Walaupun penyertaan dari atau tentang semua negara di Asia Tenggara
amat dihargai namun pengkhususan terhadap karya yang dihasilkan lebih tertumpu
kepada penyertaan dari atau tentang negara Indonesia, Malaysia, Brunei, atau
Singapura saja.
Kami
menerima cerita pendek (cerpen) bagi edisi ke-7 Anak Sastra. Sila lihat maklumat penyertaan bagi sebarang
informasi seperti tarikh akhir penyertaan, panduan penyertaan serta cara untuk
menghubungi kami.
Jika anda berminat untuk menyiarkan cerpen anda
di Anak Sastra, sila ikuti panduan mudah berikut.
Apa
yang kami mahu…
Anak
Sastra mengandungi dua bahagian utama. Pertama, penyertaan dibuka kepada
penulis-penulis dari Asia Tenggara sendiri yang berminat untuk menyiarkan
cerpen mereka, tidak kira apa jua topik asalkan ianya ditulis di dalam bahasa
Inggeris. Manakala yang kedua, penyertaan turut dibuka
kepada pendatang ataupun turis dari mana-mana negara seandainya mereka ingin
berkongsi sebarang pengalaman sepanjang berada di Asia Tenggara. Sekali lagi,
pengalaman yang dikongsi hendaklah ditulis di dalam bahasa Inggeris juga.
Faktor
geografi…
Walaupun penyertaan dari atau tentang
negara-negara seperti Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Myanmar, dan Filipina
dialu-alukan, keutamaan akan diberi kepada penyertaaan dari atau tentang
negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura
saja. Cerpen yang tidak berkaitan dengan Asia Tenggara tidak akan dilayan.
Panduan
atau syarat-syarat penyertaan…
Secara amnya, tiada sebarang panduan atau
syarat-syarat dikenakan terhadap cerpen yang dihasilkan. Penulis berhak untuk
menulis tentang apa jua topik asalkan ianya tidak menyinggung atau menyentuh
sensitiviti mana-mana pihak. Penulis juga diberi hak sepenuhnya untuk menulis
sepanjang mana yang diingini. Namun perlu diingatkan bahwa isi kandungan
(panjang patah perkataan) cerpen yang terhasil hendaklah tidak menyamai sebuah
novel ataupun terlalu pendek hingga tidak memberi sebarang cerita. Penulis juga
tidak dibenarkan untuk menghantar cerpen yang pernah disiarkan di mana-mana
majalah ataupun penerbitan ataupun yang bukan dihasilkan oleh idea penulis itu
sendiri.
Bahasa
dan tatabahasa…
Semua cerpen yang dihantar hendaklah ditulis di
dalam bahasa Inggeris. Keutamaan diberikan kepada dialek Inggeris dari Amerika,
British atau Australia. Walaupun begitu, penulis juga dibenarkan untuk
menggunakan dialek Inggeris tempatan mereka sendiri seperti Singlish, Manglish,
Indolish dan sebagainya jika ianya diperlukan di dalam dialog di dalam cerpen
tersebut. Kami juga sedia maklum bahwa bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan
harian bagi kebanyakan penulis di rantau ini, oleh kerana itu staf editorial
akan cuba membetulkan kesalahan tatabahasa yang kecil. Sekiranya cerpen yang
diterima oleh staf kami memerlukan suntingan yang panjang, kemungkinan ianya
tidak akan disiarkan.
Cara
untuk menghantar…
Semua cerpen hendaklah dihantar melalui e-mel
ke editor@anaksastra.com sebagai attachment atau badan email itu sendiri. Kami
juga tidak menerima cerpen yang dihantar melalui mel biasa.
Seterusnya,
apa yang bakal terjadi…
Setelah cerpen anda dihantar, anda akan
menerima e-mel pengesahan untuk mengesahkan bahwa cerpen anda tersebut telah
kami terima. Jika anda tidak menerima sebarang pengesahan dalam masa seminggu,
sila hubungi editor kami di editor@anaksastra.com untuk mengetahui sama ada
cerpen tersebut telah tiba ke meja editor kami. Seterusnya, cerpen yang
diterima akan disemak terlebih bagi tujuan penerbitan. Jika lulus, editor kami
akan menghubungi anda melalui e-mel sekali lagi untuk memaklumkan tarikh ianya
akan diterbitkan di majalah ini. Bagi tujuan penerbitan juga, anda
mungkin diminta (walaupun tidak dimestikan) untuk menyertakan imej atau gambar
untuk dimasukkan ke dalam cerpen tersebut . Selain dari itu, penulis juga
digalakkan untuk menyertakan biodata pendek. Seandainya cerpen anda gagal untuk diterbitkan atas sebab-sebab
tertentu, anda tetap akan dihubungi oleh editor kami melalui alamat e-mel yang
diberi.
Tarikh
akhir penyertaan…
Tarikh akhir amat merunsingkan. Akan tetapi Anak Sastra adalah zon bebas kerunsingan
anda. Oleh kerana itu, kami tidak memberikan sebarang tarikh akhir bagi cerpen
yang dikirim. Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan cerpen yang diterima
hampir pada tarikh bagi keluaran yang akan datang, tidak dapat disiarkan serta
merta. Ini kerana editor memerlukan masa yang cukup bagi tujuan penyemakan dan
penyuntingan. Di zon bebas kerunsingan ini, anda tidak dibenarkan untuk
merunsingkan editor. Berilah sekurang-kurangnya 2 minggu bagi mereka untuk
melaksanakan tugas yang diberi.
Cara
menghubungi kami….
Untuk menghantar cerpen, pertanyaan, ataupun
menderma sebanyak mana yang mungkin kepada Anak Sastra, sila hubungi editor
kami di editor@anaksastra.com.
|